Berita Terkini

Lawatan Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim
webmaster on 07/05/2008 at 8:32am (UTC)
 3 Julai 08 menjadi detik sejarah buat Sk Sri Gaya, atas kunjungan Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Lawatan beliau di iringi oleh pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Sabah.

Sambutan pihak sekolah dimulakan dengan persembahan Kawad Kaki Formasi daripada pasukan Kawad Kaki yang merupakan Johan Negeri dan mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan. Sambutan diteruskan dengan persembahan pasukan tarian sekolah.

Guru Besar En. Abdul Gahni Hj. Mohd Kassim menerangkan serba sedikit perkenalan sekolah sebagai pengetahuan beliau yang juga merupakan Pengerusi Sekolah Kluster di Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa pertemuan dengan Warga SKSG, beliau telah mengingatkan 3 elemen penting iaitu keikhlasan, akauntability dan tanggungjawab yang harus di pegang oleh semua guru.

Lawatan berakhir pada jam 3.45 setelah melawat beberapa kawasan di sekitar sekolah.
 

KEM BESTARI SOLAT
zha on 07/02/2008 at 4:27pm (UTC)
 Kem Bestari Solat Fasa 3 akan diadakan di SK SRI GAYA pada tarikh 11 dan 12 julai 08..Semua murid program jqaf adalah diwajibkan hadir..terima kasih
 

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SRI GAYA
wartawan on 07/01/2008 at 11:20am (UTC)
 MESYUARAT AGUNG PIBG
14/6/08- Mesyuarat agung tahunan PIBG Sk Sri Gaya telah diadakan di Dewan Pertanian Kota Kinabalu Sabah. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Menteri Perlancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Exco Pelajaran.
Beliau telah sudi menyampaikan sumbangan kepada 26orang murid yang mendapat 5A dalam UPSR tahun 2007. Tahniah diucapkan. Beberapa usul telah dikemukan di dalam mesyuarat kali ini dan berakhir pada jam 1.10 tengahari.
 

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING DAN KERJAYA
wartawan on 07/01/2008 at 11:15am (UTC)
 
KHAMIS-19 JUN 08 : Sk Sri Gaya telah dipilih untuk menjadi pengelola Karnival Pendidikan Kaunseling dan Kerjaya peringkat Gabungan Kota Kinabalu yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk memberikan kepada murid tentang input yang berguna apabila mereka menamatkan pembelajaran.
Majlis telah dirasmikan oleh En. Juhari Janan, merupakan Yang Dipertua PIBG Sk Sri Gaya, Kota Kinabalu Sabah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Melukis poster, Pertandingan Model Kerjaya dan Pertandingan Folio Kerjaya
 

<-Back

 1 

Continue->

Info Sisipan
 
Tahun 2008

Menanti UPSR


Tazkirah Hari Ini


Info Ringkas

1."Karnival Unit Beruniform" akan diadakan pada 18 - 20 JULAI 2008. Semoga murid-murid mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan ini.

2."SOLAT HAJAT IMTIHAN" Setiap mlm jumaat akan diadakan Solat Hajat Imtihan UPSR murid tahun 6. Semoga tawakkal dari usaha anda membawa kejayaan yang cemerlang.

3. Kepada anda yang berminat untuk memiliki buku secara percuma, sila layari laman ini http://www.islamik-invitation.com/ dan buatlah pesanan anda kepada contactcims@yahoo.com( abd alhamed torky).Terima Kasih.


Sudut Bicara

 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free