Sejarah



Sejarah Sekolah:

Sekolah Kebangsaan Sri Gaya telah dibina pada tahun 1994 di Taman Seri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Tapak sekolah pada mulanya kawasan paya tetapi ditebusguna dengan penambakan tanah dan konkrit bagi membolehkan sekolah dua tingkat sebanyak tiga blok dibina. Sekolah ini mempunyai tiga blok akademik dengan dua blok tiga tingkat flat guru dan sebuah kantin. Pada tahun 1999, sebuah blok bangunan telah dibina secara projek kilat yang menempatkan tiga buah bilik darjah.

Sekolah ini mula beroperasi pada 12 Disember 1994 dengan seramai 232 orang murid dan 18 orang guru. Pada waktu itu hanya 12 bilik darjah digunakan dengan kelas bermula dari tahun satu hingga tahun lima. Latar belakang pelajar di sekolah ini agak berbeza, ini disebabkan pengaruh sistem perumahan yang ada di sekeliling yang terdiri daripada banglo dan rumah teres. Ini menunjukkan bahawa sosio ekonomi juga agak ketara perbezaannya. Namun dari segi latar belakang ibu bapa, sebilangan besar adalah kakitangan kerajaan.

Dari segi ras, sekolah ini mempunyai pelajar yang datangnya dari bangsa yang berbeza iaitu merangkumi tiga bangsa terbesar iaitu Kadazandusun, Melayu dan Cina. Namun terdapat juga pelajar daripada bangsa-bangsa lain. Sejak ianya ditubuhkan, sekolah ini telah banyak menerima anugerah dan pencapaian yang membanggakan dari segi kokurikulum khususnya dari segi pertandingan kuiz, nasyid dan bola jaring. 



Objektif:


1. Meningkatkan kualiti pengajaran pembelajaran agar lebih berkesan.
2. Mempunyai sistem pengurusan kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Pelajar berasaskan Sistem Kualiti MS ISO 9002 menjelang 2008
3.Penglibatan murid tahap 2 (Tahun 4, 5, 6 ) 100% dalam aktiviti Kokurikulum.
4. Mengadakan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan murid untuk belajar dalam keadaan yang kondusif.
5. Mengoptimumkan penggunan semua sumber pengajaran dan pembelajaran
6. Menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah dengan mewujudkan suasana yang ceria.
7. Mewujudkan amalam kolaboratif, partisipatif dan rasa sepunya di kalangan murid, guru dan ibubapa serta masyarakat setempat.

Info Sisipan
 
Tahun 2008

Menanti UPSR


Tazkirah Hari Ini


Info Ringkas

1."Karnival Unit Beruniform" akan diadakan pada 18 - 20 JULAI 2008. Semoga murid-murid mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan ini.

2."SOLAT HAJAT IMTIHAN" Setiap mlm jumaat akan diadakan Solat Hajat Imtihan UPSR murid tahun 6. Semoga tawakkal dari usaha anda membawa kejayaan yang cemerlang.

3. Kepada anda yang berminat untuk memiliki buku secara percuma, sila layari laman ini http://www.islamik-invitation.com/ dan buatlah pesanan anda kepada contactcims@yahoo.com( abd alhamed torky).Terima Kasih.


Sudut Bicara

 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free